Friday, November 27, 2009

Yong Tau Fu United

Yong Tau Fu United mula di buka pada 2 mei 2009. Bertempat di seksyen 4 tambahan Bandar Baru Bangi. Berhadapan kedai tayar Bridgestone dan restoran Yus. Masa berniaga dari pukul 5 petang hingga 11 malam. Yong Tau Fu United mudah dikenali menerusi kain rentang yang besar dan jelas dilihat dari jauh. Dengan kemudahan parking yang banyak dan selesa, pasti memudahkan kehadiran anda untuk berkunjung. Yong Tau Fu United semestinya menyediakan produk yang halal dan berkualiti diperolehi dari pembekal bumiputra yang diketahui ramai iaitu HIKMAH FOOD SPECIALITIES SDN. BHD yang beralamat di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Yong Tau Fu United sentiasa menitikberatkan kebersihan dan sensitiviti masyarakat tentang makanan halal yang enak dan berkualiti. Sentiasa mengekalkan standard resepi sos nya agar sentiasa maintain dan berkekalan. Yong Tau Fu United Sentiasa mengekalkan kebersihan tapak niaga dan kebersihan pekerja. Makanan yang di pamer sentiasa di tutup rapi dan kemas mengelakkan dari pencemaran. Harga di Yong Tau Fu United juga agak berpatutan. Tag nama makanan dan harganyan sentiasa di pamerkan pada penutup makanan untuk memudahkan pengguna membuat anggaran perbelanjaan yang sewajarnya. Yong Tau Fu United mengalu-alukan kedatangan anda! Kami juga menerima tempahan untuk majlis-majlis makan malam dan casual function. Selamat mencuba.

untuk tempahan sila hubungi: 019-3536337 (kamal)
018-3861081 (Faiza)
Email: ytfu09@gmail.com